Bukan Perniagaan Jika Tiada Cabaran
Oleh Roziah Ahmad Moin
Pada suatu ketika, tersebar cerita bahawa pemilikan Syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd., atau lebih dikenali umum sebagai Ramly Burger, sudah berpindah tangan. Namun demikian, cerita tersebut dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh Pengarah Urusan dan pelopor syarikat tersebut, Dato’ Ramly Mokni. Pertemuan dengannya menjadi bukti bahawa Ramly masih memiliki syarikat itu, yang ditubuhkannya 30 tahun yang lalu.
Dunia perniagaan penuh dengan cabaran. Tidak ada jalan mudah untuk menempa kejayaan kerana kejayaan akan hanya dicapai melalui perjuangan yang penuh dengan pelbagai rintangan, onak dan duri, serta musuh yang sentiasa mengambil peluang untuk menjatuhkan empayar yang dibina. Dengan berbekalkan semangat perjuangan yang kental, Ramly membina perniagaan berasaskan
makanan sejuk beku dengan harapan perniagaan tersebut dapat membantu masyarakat mendapatkan makanan yang bersih dan bermutu, dan yang paling
penting, halal.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Ekonomi Mei 2012.














No Comments