LAMAN UTAMA      LANGGANAN      HUBUNGI KAMI
  • Hubungi Kami
  • Langganan

  • Nota Editor
  • Rencana Utama
  • Ekonomi
    • Ekonomi Dalam Negeri
    • Ekonomi Antarabangsa
    • Ekonomi Islam
  • Sektor
    • Pertanian
    • Teknologi
    • Industri
    • Pengguna
    • Pelaburan
  • Korporat
  • Perniagaan
    • Pengurusan & Strategi
    • Usahawan
  • Berita Ekonomi
  • Ulasan Buku

Inisiatif Strategik Sektor Pelancongan

21 Jan, 2012 Industri admin Permalink

Oleh Munirah Abdul Hamid

Malaysia menyasarkan 36 juta pelancong dari luar negara ke negara ini menjelang tahun 2020 dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion. Menurut Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, sasaran itu mampu dicapai dengan pelaksanaan 12 inisiatif strategik di bawah Bidang Keberhasilan Utama Pelancongan Kebangsaan, antaranya termasuklah melalui “Kemewahan Malaysia” dan ”Agropelancongan”.

Pada tahun 2010, Malaysia menerima 24.6 juta orang pelancong dari seluruh dunia dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM56.4 bilion. Perkembangan ini menunjukkan perolehan pendapatan lebih daripada RM1 bilion seminggu. Pendapatan yang relatif tinggi itu tentu sekali dapat dikongsi bersama-sama oleh pelbagai peringkat masyarakat yang menjadi ejen industri pelancongan tempatan. Bagi menarik lebih banyak pelancong, faktor utama yang perlu dititikberatkan oleh rakyat Malaysia ialah aspek kebersihan, terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti pantai dan kemudahan awam.

Sememangnya industri pelancongan mempunyai potensi yang besar untuk melonjakkan pendapatan negara. Pulangan yang diperoleh dalam bentuk tukaran wang asing menjamin industri ini untuk menyumbangkan pertumbuhan yang positif kepada ekonomi negara. Malaysia perlu mengorak langkah meneroka lebih banyak peluang yang ada dalam industri ini kerana negara mempunyai kelebihan dari segi keunikan dan kepelbagaian sumber yang sesuai untuk dimajukan sebagai tarikan pelancong. Pada masa yang sama, industri hospitaliti ini juga mampu memberikan sumbangan yang besar terhadap bidang pelaburan, guna tenaga, serta mengukuhkan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran.

Sehubungan dengan itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, Pendapatan Negara Kasar per kapita disasarkan untuk meningkat kepada RM38 850 atau AS$12 140 pada tahun 2015. Oleh hal yang demikian, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar berkembang pada kadar enam peratus setahun. Sektor perkhidmatan dilihat bakal menerajui pertumbuhan ini, selain sektor pembuatan, pertanian, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan. Dalam hal ini, sudah tentu industri pelancongan yang berasaskan perkhidmatan, tidak terkecuali mempunyai potensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Ekonomi Januari 2012.

Share on Facebook

Share

About The Author

No Comments

Hantar Maklum Balas Anda

Click here to cancel reply.

Carian

Video

Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun Islam pada 14 Januari 2013

Ruangan

  • Rencana Utama
  • Nota Editor
  • Ekonomi
  • Ekonomi Antarabangsa
  • Ekonomi Dalam Negeri
  • Ekonomi Islam
  • Sektor
  • Pertanian
  • Teknologi
  • Industri
  • Pengguna
  • Berita Ekonomi
  • Pelaburan
  • Perniagaan
  • Korporat
  • Pengurusan & Strategi
  • Usahawan
  • Ulasan Buku

Bulan Keluaran

  • April 2018 (1)
  • October 2017 (3)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (3)
  • February 2017 (9)
  • December 2016 (3)
  • November 2016 (2)
  • August 2016 (2)
  • July 2016 (2)
  • June 2016 (2)
  • May 2016 (4)
  • April 2016 (4)
  • November 2015 (7)
  • September 2015 (13)
  • August 2015 (14)
  • July 2015 (15)
  • June 2015 (14)
  • May 2015 (13)
  • April 2015 (13)
  • March 2015 (14)
  • February 2015 (13)
  • January 2015 (11)
  • December 2014 (12)
  • November 2014 (11)
  • October 2014 (5)
  • September 2014 (11)
  • August 2014 (12)
  • July 2014 (12)
  • June 2014 (13)
  • May 2014 (11)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (10)
  • January 2014 (12)
  • September 2013 (11)
  • August 2013 (10)
  • July 2013 (13)
  • June 2013 (13)
  • May 2013 (11)
  • April 2013 (11)
  • March 2013 (12)
  • February 2013 (12)
  • January 2013 (12)
  • June 2012 (1)
  • April 2012 (2)
  • March 2012 (2)
  • February 2012 (18)
  • January 2012 (19)
  • December 2011 (5)
  • November 2011 (13)

Terkini

  • 1448
  • Dewan Ekonomi Bil. 10 2017
  • Nota Editor
  • Dewan Ekonomi Bil. 10 2017
  • Dewan Ekonomi Bil. 9 2017

Majalah dalam Talian

Facebook

Rangkaian DBP

© 2018
  • Such Topics Tend To Be Subjects.
  • Another Was To Improve Sports Facilities.
  • The Update Estimates The Following.
  • However Reserve Teams Are Ineligible.
  • The Chassis Was A Spaceframe Design.
  • This Photograph Has Rarely Been Published.
  • Outdoor Video Screen Installation.
  • The Battle Persisted A Long Time.
  • The Education Rate Is Very Low.
  • Further See Coherent States.
  • This Is A List Of Prequels.
  • Not In Chronological Order.
  • This Stage Requires Prolactin.