Setelah lebih 57 tahun, rakyat majmuk di negara ini telah menikmati hasil daripada kekayaan sumber alam dan pembangunan ekonomi negara. Rakyat negara ini bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi sah dan mengikut peraturan undang-undang negara. Tiada diskriminasi untuk setiap kaum di Malaysia meningkatkan ekonomi masing-masing selagi berpegang pada prinsip Rukun...
Pelan Induk Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan pada tahun 2011 merupakan lanjutan daripada usaha berterusan selama 40 tahun kerajaan bagi membantu memperkasakan ekonomi bumiputera. Hal ini menekankan aspek penciptaan kekayaan, mewujudkan keseimbangan dalam bidang pekerjaan dan bidang yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta menggalakkan kewujudan peluang keusahawanan. Pelan...
E.A. Technique dimiliki oleh Kulim (Malaysia) Berhad melalui Sindora Berhad yang mempunyai dan mengoperasi kapal marin serta menyediakan pengangkutan marin dan tempat simpanan minyak dan gas pesisir pantai, di samping menyediakan perkhidmatan pelabuhan marin. E.A. Technique juga menjalankan aktiviti pembinaan dan baik pulih kapal melalui anak syarikat, Johor Shipyard.
KPM menerajui dua jenis pendidikan tinggi, iaitu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Hal ini dibentuk untuk memastikan sektor pendidikan negara lebih dinamik, berdaya saing, selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global.
Secara umumnya, banyak pengguna Malaysia yang lebih percaya akan barangan luar negara dan menganggap barangan import lebih tinggi prestijnya jika dibandingkan dengan barangan tempatan. Oleh itu, kerajaan dan pengeluar barangan tempatan perlu berikhtiar untuk menjadikan rakyat Malaysia pengguna etnosentrik. Antara langkah yang paling mustahak yang perlu diambil termasuklah memastikan...