Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penulis Dewan Ekonomi yang banyak memberikan sumbangan makalah dan pembaca setia yang memberikan sokongan sepanjang saya diberi tanggungjawab sebagai editor majalah ini.
Berdasarkan kajian terhadap beberapa buah negara di dunia, tidak semua barangan atau perkhidmatan akan dikenakan GST. GST boleh dilaksanakan terhadap bekalan bercukai, sama ada pada kadar lazim ataupun sifar.