Tinggal lapan tahun lagi sebelum impian Malaysia menjadi negara maju direalisasikan. Di sebalik beberapa kendala, berbagai-bagai prakarsa dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan impian tersebut tercapai. Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff, memberikan pandangannya tentang beberapa isu ekonomi yang membabitkan masyarakat.
Suruhanjaya Sekuriti menghendaki sekurang-kurangnya seorang penasihat syariah berdaftar dilantik untuk memberikan nasihat tentang semua aspek syariah yang berkaitan dengan produk tersebut, termasuk dokumentasi, penstrukturan dan pelaburan.
Seperti kata Francis Fukuyama dalam The End of History, sejarah sudah berakhir kerana kemenangan fahaman Barat mengatasi yang lain. Keadaan itu disebut sebagai dunia kutub politik tunggal atau unipolar dengan Presiden George Bush sebagai bukan sahaja ketua negara Amerika Syarikat, tetapi pemimpin seluruh dunia.
Hakikatnya, kedua-dua buah negara itu mampu berdiri sendiri, tanpa bergantung sepenuhnya pada mana-mana negara, malah berupaya mempunyai blok sendiri.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penulis Dewan Ekonomi yang banyak memberikan sumbangan makalah dan pembaca setia yang memberikan sokongan sepanjang saya diberi tanggungjawab sebagai editor majalah ini.